Tuesday, April 20, 2010

AQUARIA KLCC















































































Dua minggu yang lalu, saya berkesempatan membawa ibunda yang tersayang ke Aquaria KLCC...berbaloi jugak la masuk tengok hidupan-hidupan laut dan sungai yang ada di dunia ini. Pelbagai jenis hidupan laut ada, yang tak pernah jumpa kat Malaysia. Alangkah indah
keindahan alam ciptaan Allah ini...

REHLAH KE LABUAN
























































Semasa cuti penggal pertama persekolahan, saya berkesempatan membawa family berjalan-jalan di sekitar Labuan. Kebetulan 6 orang daripada keluarga saya datang ke Sabah. Inilah antara kenangan-kenangan yang sempat dirakam sewaktu berada di Labuan.




















Wednesday, April 7, 2010

TAK SEMPAT NAK UPDATE BLOG

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Maaf dipinta buat semua yang membaca laman blog saya yang tidak sehebat mana. Terlalu banyak tugasan kerja di sekolah sehinggakan tidak sempat nak update pengisian dalam blog ini. Perancangan saya untuk tahun ini adalah ingin memasukkan bahagian tarannum dan qiraat serta bahan-bahan untuk mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah, andai ada masa yang lapang nanti saya akan masukkan dalam blog untuk tatapan semua. Akhir kalam, JADIKANLAH HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM...

Monday, January 11, 2010

SELAMAT MENGHADAPI TAHUN 2010

Assalamualaikum w.b.t.
Lama rasanya saya tidak berceloteh di sini. Masa cuti sekolah biasalah...balik kampung...cuti kan panjang. Tapi masalahnya kat kampung tiada internet. Maksud saya, saya yang tak pakai internet broadband. Kat siber cafe ada la. Apa agaknya azam kita semua untuk tahun baru 2010. Sama-samalah kita merancang, menyusun dan melalui liku-liku perjalanan hidup dengan penuh bermakna. Wallahu a'lam.

Thursday, November 19, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN SMK BENONI











INILAH GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAM OLEH SAYA SEMASA MENGIKUTI MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN SEKOLAH SAYA YANG DIADAKAN DI BEVERLY HOTEL, KOTA KINABALU PADA 17 NOVEMBER 2009. SEMEMANGNYA SUDAH MENJADI TUGAS TETAP DAN BERPENCEN SAYA DI MANA SAJA SAYA BERADA, TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN IALAH PEMBACA DOA. SAYA TELAH DIMINTA UNTUK MENGEPALAI BACAAN DOA SELAMAT. WALLAHU A'LAM !!!!!!

Monday, November 16, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN SMKA LIMAUAN
















INILAH SERBA SEDIKIT KENANGAN MANIS YANG DAPAT DIREKOD BERSAMA-SAMA DENGAN ISTERI TERSAYANG SEWAKTU BERLANGSUNGNYA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN YANG TELAH DIADAKAN DI LE MERIDIEN HOTEL KOTA KINABALU PADA HARI SABTU BERSAMAAN 14 NOVEMBER 2009.

Thursday, November 12, 2009

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sabah
















Alhamdulillah, aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadratmu Ya Allah kerana mengizinkan daku dalam meningkatkan aspek kepimpinan dan sahsiah para pelajar serta menambahkan lagi motivasi para pelajar sepanjang program berlangsung selama 2 hari 1 malam yang bertempat di Borneo Paradise Resort, Kinarut. Mudah-mudahan apa yang daku sampaikan kepada mereka dapatlah diingati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah !!