Showing posts with label renungan bersama. Show all posts
Showing posts with label renungan bersama. Show all posts

Monday, October 12, 2009

MANUSIA AKHIR ZAMAN

AKHIR ZAMAN PENUH PANCAROBA
BERBAGAI DUGAAN DATANG MENGGODA
INSAN DURJANA MAKIN DURHAKA
TAK KIRA DI MANA MEREKA BERADA
ADA YANG INGKARI PERINTAH TUHAN
KATA-KATA RASUL DIPERMAINKAN
HALAL HARAM TIADA PERBEZAAN
SURUHAN TUHAN TIDAK DIAMALKAN
IBUBAPA JADI PERMUSUHAN
PERINTAHNYA TIDAK DIHIRAUKAN
HASAD DENGKI SESAMA INSAN
ORANG YANG LEMAH JADI SASARAN
MUDA MUDI HILANG PANDUAN
BUDI PEKERTI TIADA UKURAN
MARUAH DIRI TIADA NILAIAN
AKHIR TERJERUMUS KE LEMBAH KEHINAAN
Wahai kaum muslimin dan muslimat, inilah realiti manusia yang ada di dunia yang fana ini pada hari ini. Manusia yang sudah tidak kenal akan erti takut pada azab dan seksaan dari Tuhan. Setiap saat dan setiap detik kita seringkali mendengar berita-berita yang berlaku yang kurang menyenangkan hati. Dek kerana itulah Allah Ta'ala telah menurunkan bala bencana yang amat dasyhat dan cukup kuat. Sejarah kaum nabi-nabi yang terdahulu juga pernah dilaknat oleh Allah dengan pelbagai bentuk bala bencana. Tetapi hari ini, perlakuan manusia lebih teruk lagi dari manusia jahiliah pada masa dahulu. Allah Ta'ala ada berfirman dalam al-Quran yang bermaksud; akan ada segolongan manusia yang akan melakukan kerosakan di muka bumi ini disebabkan oleh tangan-tangan mereka sendiri. Wallahu a'lam
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

Friday, October 9, 2009

UMAT ISLAM SENTIASA CEMERLANG

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh ( 2x )
Umat Islam sentiasa bo....leh

Inilah lagu yang selalu saya alunkan kepada para pelajar sebagai meningkatkan motivasi dalaman mereka. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana ada pelajar yang dapat menghayati dengan mendalam akan lirik tersebut. Teman-teman yang lain juga boleh menggunakan kaedah sebegini untuk mendidik dalaman para pelajar selain membentuk sikap mereka ke arah menjadi insan yang cemerlang baik di dunia mahupun di akhirat. Dan saya ada juga kaedah yang lain untuk membentuk disiplin para pelajar, insyaAllah saya akan masukkan dalam ruangan yang akan datang.