AKHIR ZAMAN PENUH PANCAROBA
BERBAGAI DUGAAN DATANG MENGGODA
INSAN DURJANA MAKIN DURHAKA
TAK KIRA DI MANA MEREKA BERADA
ADA YANG INGKARI PERINTAH TUHAN
KATA-KATA RASUL DIPERMAINKAN
HALAL HARAM TIADA PERBEZAAN
SURUHAN TUHAN TIDAK DIAMALKAN
IBUBAPA JADI PERMUSUHAN
PERINTAHNYA TIDAK DIHIRAUKAN
HASAD DENGKI SESAMA INSAN
ORANG YANG LEMAH JADI SASARAN
MUDA MUDI HILANG PANDUAN
BUDI PEKERTI TIADA UKURAN
MARUAH DIRI TIADA NILAIAN
AKHIR TERJERUMUS KE LEMBAH KEHINAAN
Wahai kaum muslimin dan muslimat, inilah realiti manusia yang ada di dunia yang fana ini pada hari ini. Manusia yang sudah tidak kenal akan erti takut pada azab dan seksaan dari Tuhan. Setiap saat dan setiap detik kita seringkali mendengar berita-berita yang berlaku yang kurang menyenangkan hati. Dek kerana itulah Allah Ta'ala telah menurunkan bala bencana yang amat dasyhat dan cukup kuat. Sejarah kaum nabi-nabi yang terdahulu juga pernah dilaknat oleh Allah dengan pelbagai bentuk bala bencana. Tetapi hari ini, perlakuan manusia lebih teruk lagi dari manusia jahiliah pada masa dahulu. Allah Ta'ala ada berfirman dalam al-Quran yang bermaksud; akan ada segolongan manusia yang akan melakukan kerosakan di muka bumi ini disebabkan oleh tangan-tangan mereka sendiri. Wallahu a'lam
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

No comments:
Post a Comment