Thursday, October 22, 2009

KENANGAN SEMASA KURSUS

Bersama dengan sahabat baru, Ust. Saiful Bahrin bin Abu, bekas PK HEM Smka SHAMS, sekarang bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam, di bawah Unit Perhubungan Personal bagi SMKA dan SABK......seronok berborak dengan ustaz...

KURSUS DI KOTA KINABALU

Bersama dengan fasilitator, SHAH bagi Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Di IPA Zon Sabah-Sarawak yang bertempat di Kompleks Tabung Haji...Terima kasih kepada fasilitator dan penceramah yang telah memberikan ilmu dan kemahiran kepada saya....Jazakumullahu khairan kathira.

Monday, October 19, 2009

AL-FATIHAH BUAT NENDA TERCINTA

Pagi semalam saya menerima panggilan telefon dari abang saya pada jam 10.25 minit pagi memberitahu bahawa nenek sebelah bapa saya baru sahaja meninggal dunia. Itulah satu-satunya nenek saya yang masih ada, tapi saya tak sempat menatap wajahnya buat kali yang terakhir sebelum dikebumikan. Jarak yang jauh yang membuatkan kami sekeluarga tidak dapat pulang ke kampung halaman. Tepat jam 5 petang jenazah nenek saya selamat dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan dengan kubur suaminya, iaitu datuk saya. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau mudah-mudahan dosa arwah diampunkan dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH !!

Friday, October 16, 2009

LELAKI RAMAI MASUK NERAKA

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.
Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.
Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.
Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."
Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."
Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

Kaedah Sebatan

Berikut antara beberapa perbezaan utama kedua dua kaedah sebatan

Sebatan mengikut kaedah Syariah
1- Sebatan boleh dilakukan sama ada kepada pesalah lelaki mahupun perempuan.
2- Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebal tidak melebihi 1.25 sentimeter.
3- Pesalah hendaklah memakai pakaian menurut hukum syarak tetapi sedikit nipis dari pakaian biasa.
4- Pesalah lelaki disebat berdiri manakala prempuan dalam keadaan duduk.
5- Jika pesalah itu hamil, hukuman itu hendakalah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya.
6- Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan 'sederhana' di mana tukang sebat tidak boleh mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak mencederakan pesalah.
7- Sebatan boleh dilakukan di mana-mana bahagian tubuh kecuali muka, kepala,perut, dada atau bahagian sulit.
8- Maksimum sebatan untuk pesalah adalah enam kali rotan sahaja.


Sebatan mengikut kaedah Sivil
1- Sebatan hanya dilakukan kepada pesalah lelaki sahaja.
2- Rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz namun kebiasaanya diameter rotan tidak melebihi 1.25 sentimeter.
3- Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat yang hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4- Sebatan hanya dilakukan di bahagian daging punggung.
5- Pesalah akan disandarkan berdepan pada tempat khas dan diikat kedua kaki dan tangan.
6- Sebatan dilakukan pada satu tempat yang sama tanpa henti sehingga habis jumlah sebatan.
7- Jumlah sebatan bergantung kepada keputusan mahkamah dan tiada had maksimum.

Monday, October 12, 2009

MANUSIA AKHIR ZAMAN

AKHIR ZAMAN PENUH PANCAROBA
BERBAGAI DUGAAN DATANG MENGGODA
INSAN DURJANA MAKIN DURHAKA
TAK KIRA DI MANA MEREKA BERADA
ADA YANG INGKARI PERINTAH TUHAN
KATA-KATA RASUL DIPERMAINKAN
HALAL HARAM TIADA PERBEZAAN
SURUHAN TUHAN TIDAK DIAMALKAN
IBUBAPA JADI PERMUSUHAN
PERINTAHNYA TIDAK DIHIRAUKAN
HASAD DENGKI SESAMA INSAN
ORANG YANG LEMAH JADI SASARAN
MUDA MUDI HILANG PANDUAN
BUDI PEKERTI TIADA UKURAN
MARUAH DIRI TIADA NILAIAN
AKHIR TERJERUMUS KE LEMBAH KEHINAAN
Wahai kaum muslimin dan muslimat, inilah realiti manusia yang ada di dunia yang fana ini pada hari ini. Manusia yang sudah tidak kenal akan erti takut pada azab dan seksaan dari Tuhan. Setiap saat dan setiap detik kita seringkali mendengar berita-berita yang berlaku yang kurang menyenangkan hati. Dek kerana itulah Allah Ta'ala telah menurunkan bala bencana yang amat dasyhat dan cukup kuat. Sejarah kaum nabi-nabi yang terdahulu juga pernah dilaknat oleh Allah dengan pelbagai bentuk bala bencana. Tetapi hari ini, perlakuan manusia lebih teruk lagi dari manusia jahiliah pada masa dahulu. Allah Ta'ala ada berfirman dalam al-Quran yang bermaksud; akan ada segolongan manusia yang akan melakukan kerosakan di muka bumi ini disebabkan oleh tangan-tangan mereka sendiri. Wallahu a'lam
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

Friday, October 9, 2009

UMAT ISLAM SENTIASA CEMERLANG

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh ( 2x )
Umat Islam sentiasa bo....leh

Inilah lagu yang selalu saya alunkan kepada para pelajar sebagai meningkatkan motivasi dalaman mereka. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana ada pelajar yang dapat menghayati dengan mendalam akan lirik tersebut. Teman-teman yang lain juga boleh menggunakan kaedah sebegini untuk mendidik dalaman para pelajar selain membentuk sikap mereka ke arah menjadi insan yang cemerlang baik di dunia mahupun di akhirat. Dan saya ada juga kaedah yang lain untuk membentuk disiplin para pelajar, insyaAllah saya akan masukkan dalam ruangan yang akan datang.

Thursday, October 8, 2009

NEW MOTORBIKES

Inilah motorbikes baru....hehehehe...tak caya ke?Baru ambik semalam cash, RM21k........tapi orang lain punya dulu laa....mungkin saya akan pakai jugak motor nie dua tiga tahun lagi.....

Wednesday, October 7, 2009

ALBUM HARI RAYA

HARI INI TAK BANYAK TUGASAN

Hari ini calon PMR mula menduduki peperiksaan. Oleh kerana kelas digunakan untuk peperiksaan, maka pihak pentadbiran sekolah telah memberikan kebenaran kepada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 untuk tidak hadir ke sekolah selama seminggu. Minggu hadapan akan bermula ujian excel pertama bagi pelajar-pelajar yang lain. Lega rasanya bila semua soalan dah siap.

Hari ini hujan turun dengan lebat sekali. Cuaca sekarang sudah tidak menentu, mungkin kerana lapisan ozon sudah semakin menipis. Ini semua berlaku kerana kerakusan tangan-tangan manusia sendiri. Oleh kerana manusia telah melakukan kezaliman di bumi, maka Tuhan telah menurunkan bala bencana sebagai membalas balik perbuatan manusia dan juga sebagai memberi peringatan kepada kita semua.

MENINGKATKAN PRESTASI BERSAMA

Bagaimana untuk menilai dan menetapkan prestasi kerja dalam organisasi dan pasukan anda? Mungkin ini boleh membantu :

1. Tetapkan sistem. Buat kajian untuk mendapatkan idea-idea utama tentang organisasi dan pasukan anda. Siapakah ‘pelanggan’ sebenar anda? Apakah keperluan mereka? Bagaimana keperluan ini ditimbangnilai? Apakah produk dan perkhidmatan yang anda bekalkan sekarang? Apakah sumber yang anda miliki yang boleh memenuhi keperluan pelanggan?

2. Dokumenkan visi dan misi anda. Tentu anda pernah melihat visi dan misi sesebuah organisasi terpampang di pejabat tertentu. Bagaimana untuk menghasilkannya? Secara mudahnya, anda boleh mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut; Siapa anda? Apakah yang anda lakukan? Bagaimana anda menyediakan produk dan perkhidmatan anda? Siapakah yang menggunakan perkhidmatan anda? Di manakah pelanggan anda? Kenapa anda wujud? Kemudian, gabungkan menjadi ayat-ayat yang ringkas dan senang untuk difahami.

3. Kenalpasti penunjuk kepada kunci prestasi dan pelaksanaan. Ia banyak berkait dengan kualiti produk dan servis, kos yang efektif, mengikut penjadualan masa, dan selamat. Kenalpasti apakah penunjuk-penunjuk yang boleh memberikan anda prestasi yang anda punyai sekarang. Ia mestilah senang untuk diperolehi, tepat, dan boleh ‘dikawal’ oleh anda sendiri.

4. Tentukan tahap prestasi anda sekarang. Berdasarkan penunjuk kunci prestasi di atas, buat kajian untuk menilai sejauh manakah prestasi anda dan organisasi. Anda boleh membuat penyelidikan dengan mendapatkan pendapat pelanggan, pekerja, orang ramai dan pakar dalam bidang tersebut. Setelah itu, dokumentasikan dalam bentuk yang mudah untuk dirujuk.

5. Tetapkan matlamat dan sasaran. Mudah sahaja, ia mestilah spesifik, boleh ditimbangnilai, dipersetujui bersama, realistik, dan mempunyai kerangka masa.

6. Buat matlamat dan sasaran ‘mini’. Kadangkala ada matlamat yang mengambil masa sehingga berbulan-bulan lamanya. Ini sukar untuk dibuat penilaian. Oleh itu, ‘pecahkan’ matlamat seperti itu kepada sub-matlamat, ataupun ‘matlamat mini’. Ini lebih mudah untuk ditimbangnilai oleh anda dan pasukan.

7. Tetapkan standard yang paling minimum. Jika tidak mampu untuk mencapai yang terbaik seperti sasaran, apakah pencapaian yang paling rendah yang boleh anda terima? Seeloknya, tidak perlu didedahkan standard ini kalau tidak perlu. Jika tidak, fokus ahli dalam pasukan akan terganggu dan mungkin mereka hanya berusaha untuk mencapai standard yang rendah sahaja.
8. Masa yang cukup untuk membuat perubahan. Bukan senang untuk melakukan perubahan. Berilah masa mengikut kerangka masa yang sesuai. Setelah itu, buatlah penilaian samada sasaran yang diingini berjaya dicapai ataupun tidak.

9. Rancang pembaikan jika ada kesilapan. Tidak ada yang sempurna dalam dunia ini. Kesilapan dan kekurangan bukan sesuatu yang luar biasa. Analisa punca kekurangan tersebut, dan cari jalan bagaimana untuk memperbaiki kerosakan. Jika tidak boleh diperbaiki, kurangkan kadar kerugian yang terpaksa ditanggung.10. Buat muhasabah dan post mortem. Ini penting untuk menilai prestasi sebenar. Biar sehebat manapun kejayaan yang dicapai, anda masih perlu untuk melakukan ini. Buat pengiraan terhadap kerugian yang berlaku, perbelanjaan yang boleh dikurangkan, tindakan yang boleh ditinggalkan, prioriti yang tidak tepatn dan banyak lagi. Selepas itu, buat dokumentasi untuk rujukan masa hadapan..

Tuesday, October 6, 2009

JAWAPAN MUDAH BAGI MEREKA YANG MASIH BINGGUNG TENTANG TUHAN

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah
air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari
seorang guru agama, Kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3
pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang
Kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan
saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh
itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti..

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu > > ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang
menyakitkan untuk syaitan.

ALHAMDULILLAH

Hari ini dalam sejarah pada tanggal 06 Oktober 2009 bersamaan hari Selasa, saya telah mempelajari dengan sendiri cara membuat blog. InsyaAllah selepas ini saya akan cuba menyelongkar dengan lebih mendalam lagi tentang dunia ICT. Tidak salah kita mencuba sesuatu yang baru.