Thursday, November 19, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN SMK BENONI











INILAH GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAM OLEH SAYA SEMASA MENGIKUTI MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN SEKOLAH SAYA YANG DIADAKAN DI BEVERLY HOTEL, KOTA KINABALU PADA 17 NOVEMBER 2009. SEMEMANGNYA SUDAH MENJADI TUGAS TETAP DAN BERPENCEN SAYA DI MANA SAJA SAYA BERADA, TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN IALAH PEMBACA DOA. SAYA TELAH DIMINTA UNTUK MENGEPALAI BACAAN DOA SELAMAT. WALLAHU A'LAM !!!!!!

Monday, November 16, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN SMKA LIMAUAN
















INILAH SERBA SEDIKIT KENANGAN MANIS YANG DAPAT DIREKOD BERSAMA-SAMA DENGAN ISTERI TERSAYANG SEWAKTU BERLANGSUNGNYA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN YANG TELAH DIADAKAN DI LE MERIDIEN HOTEL KOTA KINABALU PADA HARI SABTU BERSAMAAN 14 NOVEMBER 2009.

Thursday, November 12, 2009

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sabah
















Alhamdulillah, aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadratmu Ya Allah kerana mengizinkan daku dalam meningkatkan aspek kepimpinan dan sahsiah para pelajar serta menambahkan lagi motivasi para pelajar sepanjang program berlangsung selama 2 hari 1 malam yang bertempat di Borneo Paradise Resort, Kinarut. Mudah-mudahan apa yang daku sampaikan kepada mereka dapatlah diingati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah !!










Monday, November 9, 2009

SIAP TUGASAN

Alhamdulillah, selesai jugak analisis item Excel 1 bagi Tingkatan 4. Hari ini tak banyak sangat kerja yang dilakukan di sekolah. Esok terlibat dengan program Nadwah Kepimpinan Islam peringkat negeri Sabah bagi kategori SMKA, selama dua hari bertempat di Borneo Paradise, Lok Kawi. Mudah-mudahan diizinkan oleh Allah Ta'ala untuk membantu menghasilkan generasi umat Islam yang gemilang dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Thursday, October 22, 2009

KENANGAN SEMASA KURSUS

Bersama dengan sahabat baru, Ust. Saiful Bahrin bin Abu, bekas PK HEM Smka SHAMS, sekarang bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam, di bawah Unit Perhubungan Personal bagi SMKA dan SABK......seronok berborak dengan ustaz...

KURSUS DI KOTA KINABALU

Bersama dengan fasilitator, SHAH bagi Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Di IPA Zon Sabah-Sarawak yang bertempat di Kompleks Tabung Haji...Terima kasih kepada fasilitator dan penceramah yang telah memberikan ilmu dan kemahiran kepada saya....Jazakumullahu khairan kathira.

Monday, October 19, 2009

AL-FATIHAH BUAT NENDA TERCINTA

Pagi semalam saya menerima panggilan telefon dari abang saya pada jam 10.25 minit pagi memberitahu bahawa nenek sebelah bapa saya baru sahaja meninggal dunia. Itulah satu-satunya nenek saya yang masih ada, tapi saya tak sempat menatap wajahnya buat kali yang terakhir sebelum dikebumikan. Jarak yang jauh yang membuatkan kami sekeluarga tidak dapat pulang ke kampung halaman. Tepat jam 5 petang jenazah nenek saya selamat dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan dengan kubur suaminya, iaitu datuk saya. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau mudah-mudahan dosa arwah diampunkan dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH !!